GIMBAB (NASI GULUNG KOREA)

                                          
Image result for GIMBAP
sumber crazy korean cooking

                                          💚Salam Ukhuwahfillah💚

anneonghaeseyyo..
entri ke tiga dalam masa sehari semalam... hahahaha 😁
tapi sebelum aku mula malas dan blog aku jadi berkepok bersawang krikk krikkk baik aku entri banyak-banyak untuk tatapan korang kan.. eeehhh, ada ke yang nak mengadap blog poyo aku nih? respon sikit... ke aku jer cakap sorang-sorang macam kat planet yang hilang kan? hahahahaha 😂😂😂😂


Mesti ada yang tertanya-tanya apa benda lah yang dalam gambar aku 
yang aku kongsikan di atas tu kan. Nak kata lemang bukan sebab ada pulak karot terjulur kan? nak kata sushi tak jugak.. sebab tak ada hirisan salmon kat atas dia betul tak? 
Baiklah.. nama benda alah tu adalah GIMBAB. ataupun secara Malaysianya nasi gulung Korea. eeehhh... ada ker? adaaaa.... 
Image result for GIMBAP
sumber maangchi

haa.. tu rupa dia selepas di potong-potong untuk memudahkan kita memakannya. 
Sebelum aku bagi resepi dia , aku nak buka sejarah GIMBAP ni sikit. mesti lebih feeling' kalau makan makanan luar negara yang kita tau sejarah dia.. betul tak? 

                                       🍙SEJARAH GIMBAP(KIMBAP)🍣

💙berasal dari negara Jepun iaitu SUSHI tapi dalam bentuk yang lebih mudah di bawa.

💚ada juga yang berpendapat bahawa Gimbap merupakan evolusi dari KISSAM iaitu beras yang di bungkus dengan menggunakan rumput laut (seaweed)

💜dalam sejarah tua Korea, Gimbap telah wujud sejak zaman Goryeo (yang tengok drama Goblin dan Empress KI mesti tau nama pemerintahan ni) dan penggunaan bekas bermula pada zaman Dinasti Silla (yang tengok drama Hwarang.. ala yang ada Park Seo Jun , V dan Park Hyung Sik tuuuu) mesti terkujat sebab dah lama tu. kira-kira 1000 tahun lalu. 

💛penggunaan bekas sebagai bungkus di aplikasikan dengan baik dari Korea, China ke Jepun dan akhirnya berkembang menjadi Sushi dan kembali ke Korea menjadi Gimbap (Kimbap) - ni bukan apa, Korea kalau sebut G bunyik macam K macam juga Jang Geun Suk tapi bila sebut bunyik jadi Jang Keun Suk. korang jangan konfius tau.. Gimbap atau Kimbap adalah jenis makanan yang sama dan serupa. Take Note korang yerr.. hahaha😂
💦
Terdapat 3 gaya dan jenis utama Gimbap (kimbap):

1. Gimbap Tradisional
2. Gimbap Perancis/ Nude
3. Samgak Gimbap

Imej mungkin mengandungi: makanan


Imej mungkin mengandungi: sushi dan makanan

Imej mungkin mengandungi: teks dan makanansumber dari halaman FB Angah House Enterprise


Begitulah secara ringkasnya sejarah gimbap (Kimbap) ni. tetapi saya percaya mesti ada sejarah yang lain dari sumber yang lain pula. biasalah.. sejarah sekarang boleh di ubah ikut selera.. hahahah.. matilaa nakkkkk 😂😂😂


okay... sekarang ,Jom kita tengok bagaimana hendak membuat Gimbap pulak. 
Makanan ni simple, senang simpan dan senang di bawa kemana-mana. Mempunyai semua yang kita perlukan di dalam satu gulungan. Okay.. 


                                 BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN:

🌺beras korea atau jepun (saya eksperimen guna beras pulut campur beras biasa)

🌺seaweed (kim) yang muslim pastikan yang halal okay

🌺lobak merah (potong panjang-panjang)

🌺lobak putih ( potong panjang-panjang )

🌺telur yang telah di dadar ( potong panjang-panjang )

🌺sosej / crabstick (( potong panjang-panjang)

🌺daging kisar (saya guna minced beef - jangan lupa masakkan terlebih dahulu tau)

🌺sayur bayam yang di celur

🌺sedikit minyak bijan ( untuk aroma dan rasa) dan juga biji bijan (untuk hiasan)

🌺bamboomate ( khas untuk menggulung makanan )


                                          CARA-CARA MEMBUATNYA :

🌹Mula-mula sekali , letakkan sehelai seaweed di atas bamboomate, kemudian cedokkan nasik secukupnya dan ratakan di atas permukaan seaweed tadi. Selepas itu, ratakan daging cincang yang sudah di masak dan di perisakan tadi sebelum kita susun sosej, crabstick, lobak merah, lobak putih, bayam yang sudah di celur tadi rata-rata.

Image result for kimbap

🌹semasa hendak menggulung, pastikan tangan korang menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi Gimbap jangan sampai terkeluar dan mampatkan untuk hasil yang cantik dan kemas. Gulung sampai ke penghujung dan gelekkan ke hadapan dan kebelakang gimbap di dalam bamboomate itu untuk memperkemaskan lagi kedudukan isi Gimbap tersebut.  
Image result for kimbap
🌹setelah selesai proses menggulung gimbap, dia akan kelihatan macam di dalam gambar di atas yer korang. sekarang proses untuk memotongnya pulak (tetapi kalau slot Mukbang dorang ngap panjang-panjang macam nih jer so nampak sensasi kerakusan tu kan.. hahahaha)

🌹Tetapi untuk lebih bertamadun betterlah korang potong-potongkan terlebih dahulu dan akan terserlah isinya yang cantik kat dalam tu. Nak makan pun senang takder laa isu tercekik Gimbap yer.. Banyak pulakk kerja doktor korang buat.. hahahaha 😂😂😂😂😂
Image result for kimbap
💕 cantikkan kejadiannya bila dah di potong dan di susun-susun kemas di dalam pinggan. Masa ni lah korang boleh gliskan dengan minyak bijan dan taburan biji bijan di atas nya. 
💜 Untuk cicah, korang boleh cicah jer dengan apa-apapun sos tetapi yang suka pedas try kicap pedas manis, sedikit cuka dan masukkan setitis dua minyak bijan. perrghhhh... memang lepas tu terus korang lancar cakap bahasa Korea tau... hahahha 😍😍😍😍 (saya gurau jerr.. ni semua HanByul punya pasal) tapi kat Korea biasa dorang cicah jer dengan kuah pedas Tteokbokki tu... perrghhhh .. leleh lior saya derrr... sebab , saya memang jenis suka makan simple-simple jer. (cakap jerlaa malas masak - hahahahahhaha 😄😄😄😄😄😄)
Image result for kimbap
Selamat menjamu selera korang... orang Korea cakap kalau sedap... ahhhh.. masshetta!! 
haaaa... macam senang jer kan korang?? so, sama-sama kita mencuba resepi ni. sesuai sangat untuk bekalan hiking ker, berkelah dengan keluarga ker, untuk potluck di pejabat atau di mana saja. 
sesiapa yang dah mencuba tu jangan lupa bagi feedback kat komen tau.
okaylah... mata hakak seliparputus pun dah berat sesangat dah. mohon izinkan hakak beradu lah yer. salah dan silap kata hakak mohon maafkan.

sampai jumpa lagi di entri seterusnya.. anneong dan assalamualaikum.
                                     💕💕💕💕💕💚💚💚💜💜💜

Ulasan

Catatan Popular