KUIH BERAS (Tteokbokki)



KUIH BERAS KOREA (TTEOKBOKKI)

Salam Ukhuwahfillah
Salam Sejahtera buat semua yang sudi mengunjungi entri saya yang tidak sepertinya ini. 
Saya doakan korang semua sihat-sihat dan ceria selalu hendaknya. 

Kalau tengok tajuk di atas mesti korang tertanya-tanya apa benda laa yang namanya Tteokbokki ni kan melainkan mereka ini peminat setia KDrama dan juga Mukbang macam saya jugak mesti nama ni sudah tidak asing lagi. betul tak? mesti terbayang dah haaaa.. ni kalau dapat masa minum petang sambil menonton Kdrama atau telenovela ni sedap gak nih... Rasanya , pedas-pedas manis dan kekenyalan adunan tepung pulut di gabungkan dengan tepung beras membuatkan korang terasa di awangan. Chewahhh.. tu bukan terawangan apa.. tapi fefeeling macam sedang bersama Hallyu Star seperti Lee Min Ho atau Jang Keun Suk (ni buah hati saya tau) hahahha..
okay, jom kita tengok rupa si Tteokbokki ni pulak... jeng jeng jenggg !!!!

cc:mglenak.blogspot.com

Macam seddddappppp jer kan korang? Walaubagaimanapun, memandangkan saya sebagai peminat makanan Korea yang beragama Islam , saya kena jaga jugak banyak benda. Nak buat boleh atau nak makan kat restoran dorang tu saya agak teragak-agak sikit atas banyak benda. 

Jadi alternatifnya , saya pun belajarlah memodified'kan resepi asal dorang. Yang penting dapat merasa Tteokbokki homemade yang sah halalan toyyiban. 
Jadi , di mukadimmah entri bagi blog saya yang serba dhaif ni ahakss 😊😊😊 saya cuba kongsikan resepi mudah dan boleh tahan ketagih di buatnya khas untuk korang yang craving nak merasa Tteokbokki ala hakak Seliparputus ni okay... 

BAHAN 1

500gm tepung pulut
250gm tepung beras 
sedikit garam
air secukupnya untuk menguli adunan tepung (kaedah seperti membuat kuih koci)

setelah siap di gentel di bentuk sebenarnya ikut suka tetapi secara konvensionalnya biarlah di uli memanjang kira-kira 3 inci.

didihkan air di dalam periuk untuk merebuskan adunan tepung terlebih dahulu. selepas timbul(masak) masukkan di dalam air sejuk supaya Tteokbokki tadi tidak menjadi bubur.

BAHAN 2 (SOS)

3 ulas bawang putih
250gm sos cili
100gm sos tomato
3 sudu besar cili boh (ikut selera masing-masing kepedasannya)
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
2 sudu secukup rasa (ikut suka jenama apa)
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh minyak bijan
air (ikut suka tapi jangan terlalu banyak)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Image result for JANG KEUN SUK MAKAN TTEOKBOKKI

CARA-CARA MEMASAK SOS TTEOKBOKKI

Panaskan kuali atau periuk korang, masukkan minyak, masukkan bawang putih yang di cincang halus, naik bau jangan biarkan bawang putih hangit kang pahit pulak sos korang okay dan masukkan cili boh/cili giling/serbuk cili pun boleh pilihan ya korang, tumis sampai pecah minyak maksudnya betul-betul masak. kemudian di ikuti sos segala sos, cili, tomato, tiram, ikan dan kacau sebati sehingga nampak kemerahan yang menyala di dalam periuk/kuali korang. 

masukkan sedikit air ikut keperluan, kemudian gula di ikuti minyak bijan dan serbuk perasa (saya guna secukup rasa Maggi- MAGGI kena sponsored blog saya nih 😀😀😀)

setelah mendidih dan pekat secukupnya masukkan adunan tepung Tteokbokki tadi ke dalam kuah sos korang. 
selesaikan dengan hiasan daun bawang dan taburan biji bijan di atasnya.


Image result for JANG KEUN SUK MAKAN TTEOKBOKKI
                                cc AshtrieAnty's Blog

okay siap !!! 
senang ke tidak? senang jerrr... budak-budak pun boleh buat nih. untuk bahan yang saya berikan ini , cukup untuk hidangan 6 orang yang seleranya biasa-biasa saje. mengenyangkan sudah tentu. 
FYI... (malas punya pasal) Tteokbokki juga sering di hidangkan dengan mee segera Korea seperti Ramyeon dan juga Samyang. ada juga yang makan dengan Ayam Goreng Korea tu dan ada juga yang makan dengan gimbap. Hah. apa itu Gimbap? saya akan kongsikan resepi makanan Korea yang popular juga ini di entri akan datang. Jadi kalau sudi, Jom laa follow blog saya yer..

Image result for JANG KEUN SUK MAKAN TTEOKBOKKI
sumber: crijIndonesia

gambar di atas tu gambar santai Jang Geun Suk masa memasak di Rumah anak yatim Nangwanson. yang di bawah ni masa dia treat kawan-kawan artis dia makan kat rumah dia pulak. BINTANG yang satu ni serba boleh dan paling best sebab dia juga comel gilerrr.. eehhh, melalut pulak hakak seliparputus nih kan? hahaha 😂😂😂


sekian dulu untuk kali ini.. kuih beras Korea atau tteokbokki. korang jangan tak cuba tau.. dah cuba , komen kat sini... saya tunggu hasil dari korang pulak... 💕💕💕💕💕
gamsahamnida & Assalamualaikum


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular